Bismillahirrahmanirrahim..

"Allahummah fidhni min baini yadaiya wa min khalfii wa-an syimalii-wamin fauqi wa-'auudzu bi'azhamatika an-ughtala min tahtii"

Ya Allah lindungilah aku dari kejahatan yg dtg dr hadapanku,dr blakangku,dr kananku dan dari kiriku serta dr atasku,dan aku belindung dengan kebesaranMu dr tenggelam dr tanah dari bawahku...

(( AMIN ~ Doa terhindar dari bahaya ~ ))

What's my ip address, create your own visitors ip image

FREEWARE

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

CINTA KASIH adalah FREEWARE. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali

Semangat karena ALLAH utk meraih redhaNYA


KEHIDUPAN

~Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA..
Agar kita tahu ada hikmah di sebalik rekaan air mata..

~ Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH..
Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah..

~Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH..
Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah..

~Belajarlah MENGHARGAI sekeping hati..
Kerana hati yang apabila DILUKAI, akan menjerit SAKIT..
Biarpun lukanya TIDAK BERDARAH, namun PARUTNYA pasti KEKAL parah..

~Namun, BERSYUKURLAH andai memiliki hati yang sering dilukai, 
Kerana melaluinya kita BELAJAR menjadi seorang yang lebih TABAH, 
Lalu lebih MEMAHAMI, lagi MENGERTI & tahu MENGHARGAI




ANAKKU....

“Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati,
maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia
marah.  Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.  Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”

AIR SEMBAHYANG:

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak,
Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..


8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid,
surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. kongsikan ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah..

KELEBIHAN..بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, 


nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari 


bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, 


dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca 


sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan 


masuk ketakutan dalam hati si zalim.

TAHUKAH.......

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...


۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.


۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.


۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.


۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.


۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.


۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.